BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 31 Januari 2010

~ Rintihan orang meLayu!!

Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan


BORHAN Namat bersama isterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahan mereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauh dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam. [ Berita di muka 3 ] – mingguan/Sazali Che Din


PULAU PINANG 30 Jan. – Kerajaan negeri didesak menyatakan status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi terlepas daripada sebarang tindakan.

Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd. berkata, gerai-gerai itu beroperasi tanpa dipantau sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan kotor.

Menurutnya, beliau hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seperti tutup mata terhadap keadaan tersebut sedangkan gerai-gerai kecil Melayu yang tidak mengikut garis panduan dirobohkan.

“Kami mahu kerajaan negeri beritahu kepada orang ramai kenapa gerai-gerai sedemikian tidak diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen.

Antaranya kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, diikuti Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan banyak lagi gerai peniaga Melayu yang bakal menerima nasib sama selepas ini.

Bagaimanapun tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Georgetown mendapati, gerai-gerai bukan Melayu dibiarkan berniaga di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Malah terdapat juga penjaja yang membuang sisa-sisa makanan ke dalam longkang sehingga salurannya tersumbat sekali gus mencemarkan persekitaran.

Antara kawasan-kawasan berkenaan adalah sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sering melaung-laungkan keadilan dalam pentadbiran, amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya tidak wujud.

Menurutnya, kekayaan ekonomi seharusnya dikongsi dan diagih secara sama rata antara semua kaum.

“Hak peniaga kecil atau besar wajib dipertahankan tanpa mengira bangsa.

“Kalau kerajaan negeri mahu bertindak mengikut undang-undang, ia patut dilaksanakan terhadap semua peniaga tidak mengira kaum.

“Jika tidak, macam mana pentadbiran Pulau Pinang boleh dikatakan kerajaan yang adil,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Sivamurugan, tindakan kerajaan negeri itu hanya akan melebarkan jurang kekayaan antara etnik di negara ini khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Beliau menambah, jika itu berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum.

- pelik jewp bila aq lalu ja blah penang sana banyak plak gerai cina tepi jalan.. lg la semak jalan.. tambah la msa aq kt pasar pe tah yang jual buah jeruk 2.. satu kedai 2 gantung khinzir depan umum.. nk muntah aq.. adil ke mcm nie untuk org melayu???

‘‘Guan Eng kata dia khalifah, khalifah apa kalau gerai-gerai tanpa lesen milik peniaga Melayu ditarik balik dan premis mereka dirobohkan.


~Ketua Menteri diktator ( bru bangun dr mimpi)


depa x pa la plak??

TULISAN Awang dalam ruangan ini minggu lalu yang mempersoalkan agenda tersirat DAP di sebalik gagasan Middle Malaysia, mengundang reaksi balas pemimpin utamanya, Lim Kit Siang.

Seperti biasa Kit Siang menggunakan beberapa akhbar utama Cina untuk menghentam Awang. Beliau tidak dapat menerima realiti bahawa masyarakat Melayu tetap menolak DAP di sebalik gembar-gembur parti itu kononnya sokongan daripada Melayu meningkat.

Tetapi realitinya, semua tahu, sebahagian Melayu yang menyokong DAP adalah atas tiket sokongan mereka kepada PAS, bukannya teruja kepada DAP, seperti yang cuba dikelirukan.

Pada Awang, DAP tidak boleh dipercayai selagi pemimpinnya bermotifkan perjuangan ultra-rasis dan tidak menjunjung Perlembagaan negara.

Kini parti itu makin terdesak berikutan banyak perkembangan politik yang tidak memihak kepada pakatan pembangkang. Selain perpecahan, terdapat banyak kepincangan, kelemahan dan kecelaruan. Ini termasuk di Pulau Pinang, yang diperintah oleh DAP di bawah pimpinan anaknya, Lim Guan Eng. Semakin banyak pihak termasuk pembangkang kecewa dan marah.

Terbaru, yang panas dan menggegar ialah kritikan keras Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd. Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang terhadap Guan Eng. Beliau menggambarkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis (laporan asal di akhbar The Star, 29 Januari lalu).

Zahrain mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu gagal menunaikan janji-janjinya termasuk untuk melaksanakan sistem tender terbuka dan pilihan raya Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atas kepentingan politik. Menurut beliau, Guan Eng juga tidak boleh dikritik dan sesiapa yang mengkritiknya akan dituduh ejen UMNO. Malah Zahrain menyifatkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai liabiliti kepada pakatan pembangkang. Awang tertarik dengan pendedahan beliau itu termasuk tindakan Guan Eng yang mempengerusikan sendiri lembaga tender. Wow. Mana pergi integriti yang dilaung-laungkan? Ada lagi pendedahan Zahrain, antaranya Guan Eng amalkan penganugerahan kontrak mengikut asas siapa kenal siapa dan hanya bertutur bahasa Mandarin ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang yang turut dihadiri oleh pelbagai kaum. Awang geleng kepala tetapi tidak terkejut kerana itulah sebenarnya karakter DAP. Pemimpin parti itu hanya pandai mengkritik dan berjanji tetapi tidak pandai mentadbir. Paku dulang paku serpih, mengatakan orang, dia yang lebih. Memburukkan lagi keadaan, kepentingan Melayu semakin terhakis sejak Guan Eng memerintah. ''Kerajaan di bawah pakatan pembangkang lebih teruk, zalim dan kejam," kata Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader selepas demonstrasi aman 50 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu. Awang sedih melihat nasib orang Melayu yang terpaksa merayu agar mereka tidak ditindas.

Lebih menyedihkan melihat segelintir Melayu yang sebelum ini mudah termakan dengan muslihat DAP. Apabila pemimpin DAP memetik ayat al-Quran dalam ucapan, orang Melayu pun lembik lutut. Apabila Guan Eng asyik menobatkan falsafah Saidina Umar Abdul Aziz dalam ucapannya, ada Melayu yang teruja dan kelam minda. Dan apabila ada pemimpin pembangkang Melayu dipergunakan oleh DAP, Melayu menjadi leka. Ternyata percaturan parti itu semakin ketara untuk menguasai kaum majoriti Melayu dengan menulis semula perlembagaan. Sesungguhnya ada jerat besar dipasang oleh DAP mengundang keruntuhan Melayu, yang banyak petunjuk sudah jelas di depan mata. Ia bukan bayang-bayang lagi.

-awang selamat

Sabtu, 23 Januari 2010

~ISLAM xkn lentur perjuanganku(palestine)

Hidup penuh bermaruah

jika malaysia??? renungkan lah perjuangan saudara islam ku




Warga Gaza tidak pernah tunduk atau takut kepada rejim Zionis


"SELAMAT datang ke Gaza, selamat datang ke alam kegembiraan".

Agak memeranjatkan kerana itulah yang diucapkan seorang lelaki Gaza kepada sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina


Lalu, apa yang dimaksudkan lelaki berkenaan dengan kata-kata itu. Adakah dia sememangnya amat tertekan dengan keadaan di Gaza sehingga tidak tahu lagi membezakan penderitaan dan kegembiraan.

Walaupun dalam keadaan fizikal dan minda yang keletihan, kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang dalam fikiran ketua konvoi Malaysia, Matthias Chang yang kemudian memerah otak cuba mentafsir apa yang dimaksudkan.

UMAT Islam bersolat dalam masjid yang runtuh.

Beliau mewakili badan bukan kerajaan (NGO), Perdana Global Peace Organization (PGPO) bersama Abd Rafee Abd Khatab selaku timbalannya, selain Shamsul Akmar, Juana Jaafar Manap dan Ram Karthigesu.

Turut serta empat kru Bernama serta dua lagi aktivis NGO Malaysia yang berada di Syria, selain pelajar Malaysia di London, Ibrahim Mohd Azmi yang pada mulanya menyertai konvoi dari ibu kota England pada 6 Disember 2009.

Bersama-sama mereka, ratusan aktivis lain dari seluruh dunia yang bergerak dalam 220 kenderaan dengan misi penghantaran bantuan kemanusiaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion) kepada rakyat Gaza.

Menerusi konvoi itu, PGPO menyumbang hampir RM500,000 dalam bentuk bantuan keperluan dan dua ambulans.



“Kami tiba di Gaza kira-kira jam 4 pagi, ada seorang lelaki menyambut kami dengan kata-kata sedemikian. Jika diikutkan badan yang amat letih kerana memandu terlalu lama, kata-kata itu mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Namun selepas berfikir, kata-kata itu menggambarkan azam warga Gaza dalam meneruskan hidup. Ya... Israel boleh menyerang dan menindas mereka, tetapi biarlah... mereka terus hidup seperti biasa, seperti orang lain juga,” katanya.

Sukarelawan Malaysia bertemu beberapa ahli Parlimen Palestin dan seperti dijangka, banyak kisah sedih yang diceritakan, termasuk kehilangan lebih 15 ahli Parlimen yang diculik Israel dan ada yang dibunuh.

Sebenarnya, kisah sedih seperti itu hanya diceritakan jika ada yang bertanya kerana keutamaan warga Gaza kini ialah mendapatkan keperluan asas, terutama kelengkapan dan bantuan pendidikan.

“Saya dibawa masuk ke sebuah bilik di bangunan Parlimen yang sebahagian besarnya musnah akibat ledakan bom Israel. Bagi mereka ia sebenarnya pejabat, biliknya kecil saja dan di satu sudut, ada rak menempatkan bahan bacaan.

“Dengan penuh bangga, mereka memberitahu ‘itulah perpustakaan kami.’ Mungkin orang akan anggap, apa nak dibanggakan dengan perpustakaan sekecil itu, tetapi mereka yang faham tahu kenapa mereka begitu berbangga dengannya,” kata Chang.

Ia sebenarnya simbolik kepada masyarakat dunia dan kepada Israel bahawa “kamu tidak boleh memusnahkan Parlimen kami, apa saja yang tinggal akan kami gunakan untuk meneruskan hidup”.

Dengan penuh bangga juga, ahli Parlimen berkenaan meminta Chang merakamkan gambar pejabat dan perpustakaan Parlimen yang hanya mengandungi tiga set kerusi meja dan rak menempatkan buku itu.

“Saya kagum dengan semangat pemimpin dan warga Gaza, tetapi kisah seperti itu tidak begitu ditonjolkan media. Laporan media sebelum ini hanya memaparkan penderitaan, kesedihan dan rayuan mereka meminta bantuan.

“Tidak banyak yang memuatkan kisah semangat, maruah dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan warga Gaza. Mereka tidak berasa malu, kalah atau dijajah...mereka hidup seperti biasa...itu paling mengagumkan,” katanya.

Atas sebab itu, Chang tidak begitu berminat menceritakan insiden yang berlaku sepanjang perjalanan konvoi dari London ke Gaza kerana itu bukan topik utama misi berkenaan, sebaliknya lebih penting apa yang berlaku di Gaza City.

Kisah sedih penderitaan warga Gaza, kemusnahan harta benda, pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua juga, katanya, sudah acap kali dilaporkan media, seolah-olah itu saja yang ada di sana.

Gaza, katanya, adalah kisah keberanian, semangat, iltizam dan perpaduan rakyat. Ia bukan layar kepada kisah dendam kesumat, kekecewaan dan benci walaupun siang dan malamnya diisi deruman enjin pesawat pejuang Israel, pengeboman dan pembunuhan.

Semua ciri itu menyumbang kepada kekuatan warga Gaza, biarpun musuh dianggap begitu kuat dan mendapat sokongan negara kuasa besar, wilayah itu sehingga kini gagal ditawan.

Biarpun dikhianati dari dalam, dipencilkan negara jiran yang sebangsa dan seagama atau dilabel pengganas, Gaza tetap mempertahankan daulat dan warganya meneruskan hidup penuh bermaruah.

“Apabila saya melihat mata mereka, tidak tergambar wajah dendam atau kebencian, sebaliknya pancaran yang mahukan keamanan, cuma bingung kenapa manusia boleh melakukan kekejaman kepada manusia lain, kenapa berlaku ketidakadilan itu.

“Ada yang ditahan, diculik dan dikurung dalam penjara. Ada yang dibunuh, tetapi keluarga mereka tidak bercakap dalam nada berdendam, cuma minta supaya kisah itu didedahkan, jangan disenyapkan. Dendam dan benci tiada dalam kamus hidup mereka,” katanya.

Kata Chang, keutamaan warga Gaza kini bukan kewangan walaupun mereka bersedia menerima jika ada yang sudi menyalurkan, tetapi lebih kepada pendidikan, terutama bantuan biasiswa untuk generasi muda meneruskan pengajian.

“Sebab mereka tahu jika generasi muda tidak berpelajaran, sukar untuk membangunkan masyarakat. Perlu ada profesor, doktor, pakar psikologi dan pakar lain untuk anak-anak mereka belajar dan mengatasi trauma perang,” katanya.

Beliau yakin jika mendapat peluang sebegitu, Palestin mampu membangun menjadi negara termaju di benua Arab andai berjaya bebas daripada penindasan Israel kelak.

Simbolik kekuatan iltizam warga semenanjung itu juga tergambar apabila peserta konvoi dibawa bersarapan di sebuah restoran menghadap Pelabuhan Gaza atau dengan saiznya yang seperti itu, lebih layak dipanggil jeti.

“Mereka menunjukkan kepada kami pelabuhan itu dan berkata: “Tidakkah itu pemandangan yang cantik.” Mesejnya, lihatlah pelabuhan kami yang begitu cantik dan tenang. Hidup mereka riang dan tenang walaupun ditekan penindasan.

“Bandar Gaza juga bersih, sedangkan ia adalah zon perang. Mesejnya mereka tidak akan hidup seperti haiwan walaupun kamu (Israel) menindas. Kami hidup seperti manusia lain dan kebersihan sebahagian daripada hidup kami,” katanya.

Warga Gaza contoh terbaik sebagai inspirasi hidup, mereka tidak mengeluh atau merungut mengenai kehidupan. Bagi mereka, Palestin akan menang, rakyatnya akan terus hidup dan tidak pernah takut atau tunduk kepada Israel.

“Lihatlah dengan segala kelebihannya, Israel masih gagal menewaskan Gaza. Deruman enjin pesawat tentera atau ledakan bom sudah perkara biasa. Cuba kita bayangkan jika Palestin merdeka,” kata Chang.

Kekurangan yang dihadapi tidak dijadikan alasan. Pernah makmal sebuah universiti menempatkan peralatan bernilai RM15 juta musnah dibom Zionis, tetapi hanya 10 hari selepas itu pembelajaran sudah disambung semula.

Bangunan Kementerian Kewangan dan beberapa kementerian yang menjadi tonggak pentadbiran kerajaan dan menyimpan dokumen penting juga hancur, tetapi selepas itu semua dokumen penting disimpan secara berselerak di sekitar Gaza.

“Cuba kita lihat Jerman dan Jepun, kononnya negara maju tetapi mereka sebenarnya masih tunduk kepada kuasa besar. Di negara mereka, masih ada pangkalan tentera negara kuasa besar... apa gunanya merdeka,” katanya.

Berbeza dengan Gaza, wilayah itu dikepung tetapi masih gagal dijajah kerana semangat melawan warganya yang begitu kuat sehingga Israel yang dilengkapi senjata moden terpaksa berundur dek semangat melawan yang kental oleh pejuang Gaza.

“Israel boleh melancarkan 100 peluru berpandu ke Gaza, tetapi ia akan dibalas walaupun hanya satu peluru berpandu dari Gaza. Jika Israel ada peluru berpandu, Gaza juga ada senjata itu untuk mempertahankan kedaulatannya,” tambah Chang.

Katanya, laporan media hanya menumpukan kepada penderitaan rakyat Palestin dan Gaza, sedangkan memang itu yang akan berlaku kerana mempertahankan diri daripada penindasan oleh negara penuh lengkap dengan aspek ketenteraan dan persenjataan.

“Laporan seperti itu menggambarkan Israel begitu berkuasa. Memang warga Gaza menderita, tetapi secara psikologinya mereka menang. Walaupun ramai rakyatnya terbunuh, tetapi negara mereka masih gagal dijajah Zionis.

“Moral warganya tetap utuh... walaupun ada penganut Islam dan Kristian, mereka hidup penuh bersatu pada tahap tertinggi. Perpaduan masyarakat Gaza contoh terbaik kepada dunia,” katanya.

Katanya, pengajaran paling penting daripada misi kali ini ialah warga Gaza tidak akan menggadaikan nilai asas kemanusiaan - hidup penuh bermaruah dan bangun semula jika terjatuh.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau berpesan mewakili sukarelawan Viva Palestina dari Malaysia: “Jangan anggap kami hero, memang perjalanan memenuhi misi ini sukar, tetapi ia berbaloi kerana banyak pengajaran kami peroleh di Gaza”.

FAKTA
Kronologi keganasan Israel ke atas Gaza


  • Israel melancarkan 'Operation Cast Lead' ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 dengan alasan mahu menghentikan serangan roket harian Hamas ke penempatan Yahudi di Israel.

  • Kempen keganasan berlarutan 22 hari, mengorbankan 1,400 rakyat Palestin, mencederakan 5,500 orang dan beratus-ratus lagi parah, manakala hanya 13 tentera Israel maut.

  • Selepas setahun kepungan Israel, lebih 90 peratus penduduk Gaza memerlukan bantuan makanan, 32,000 penduduk tanpa bekalan air paip dan ribuan lagi tidak berumah, selain menghadapi peningkatan masalah psikososial.

  • Rundingan di antara Israel dan Palestin berhubung perjanjian damai sehingga kini masih tergantung.

  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipandang tinggi rakyat Palestin kerana sumbangannya dalam usaha membebaskan negara itu daripada penindasan selama 60 tahun oleh Israel.
  • ~ Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa

    Angkara Yahudi

    UMAT ISLAM ?? tunggu dan lihat ke??





    MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.

    Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

    Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.

    ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

    Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

    Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.

    Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

    Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.

    Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.

    Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.

    Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

    Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.

    Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.

    Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).

    Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.

    Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.

    Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.

    Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

    Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

    Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.

    Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

    Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

    Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.

    Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.

    Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.

    Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

    Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.

    Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

    Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.

    Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.

    Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.

    Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.

    Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.

    Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

    Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.

    Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.

    Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.

    “Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

    Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

    Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.

    Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.

    Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.

    Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.

    JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.

    Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

    Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”

    Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

    Rabu, 20 Januari 2010

    ~Islam ( adakah kau LUPA ?? )




    hayati lagu ini.. dan fahamilah apa yg kita terlupa??
    ISLAM

    akan ku pertahankan hingga akhir hayatku..
    islam adalah agamaku..
    harus ku pertahankn..
    jihadku hanya untuk mu..
    I LUV ISLAM..

    ~MELAYU (“Perjuangan Belum Selesai”)



    Perjuangan Belum Selesai

    Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
    Dari melihat bangsaku dijajah
    Tidak ada yang lebih menyedihkan
    dari membiarkan bangsaku dihina
    Air mata tiada ertinya
    Sejarah silam tiada maknanya
    Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
    Dipersenda dan dilupakan

    Bukan kecil langkah wira bangsa
    Para pejuang kemerdekaan
    Bagi menegakkan kemuliaan
    Dan darjat bangsa
    Selangkah bererti mara
    Mengharung sejuta dugaan
    Biarkan bertatih
    asalkan langkah itu yakin dan cermat
    bagi memastikan negara
    merdeka dan bangsa terpelihara
    air mata sengsara
    mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

    Tugas kita bukan kecil
    Kerana mengisi kemerdekaan
    Rupanya lebih sukar dari bermandi
    Keringat dan darah menuntutnya
    Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
    Kalau bangsaku asyik mengia
    Dan menidakkan,
    Mengangguk dan membenarkan,
    Kerana sekalipun bangganya negara
    kerana makmur dan mewahnya
    bangsaku masih melata
    dan meminta-minta di negaranya sendiri

    Bukan kecil tugas kita
    Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
    Kerana rupanya selain memerdekakan,
    Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

    Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
    Bukankah sejak zaman berzaman
    Mereka menjadi pelaut, pengembara
    Malah penakluk terkemuka?
    Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
    Menjadi pedagang dan peniaga
    Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
    Bukankah bangsaku pernah mengharung
    Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
    Bukankah mereka pernah menjadi
    wira serantau
    Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

    Tugas kita belum selesai rupanya
    Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
    kerana hanya bangsa yang berjaya
    akan sentiasa dihormati
    Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
    Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
    tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
    buat selama-lamanya
    Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
    Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
    Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

    Perjuangan kita belum selesai
    Kerana hanya yang cekal dan tabah
    Dapat membina mercu tanda
    Bangsanya yang berjaya.

    - Tun Dr. Mahathir Mohamad

    kenapa melayu x beringat?? kita penah dijajah, kita pernah bertukar penjajah, dari inggeris hinggalah ke jepun, tapi apa yg telah berlaku?? hidup semakin susah, makan hanyalah ubi kayu.. berlari ke sana dan kemari.. diatas tanah air sendiri.. mahukah ini berulang kembali?? luka lama menjadi mimpi ngeri?? mahukah kita bertukar pemerintahan lagi ??? dari UMNO ke DAp??? mana semangat melayu??.. hang tuah juga pernah berkata " xkan melayu hilang di dunia" pernahkah kita mengerti?? usahlah kau leka lagi.. -hamba ALLAH

    Selasa, 19 Januari 2010

    ~ Mcm nie ka ustaz???



    mcm nie ka kita harap ustaz kita tunjukkn jalan yang lurus kepada kita?? pelik3!!.. tegakkn jalan islam tp mcm2 ayat dan kata2 pelik digunakan bila sanggah sikit.. allah pn mencarut?? mcm 2 nk tunjuk kt agama lain agama kita baik?? jalan yang lurus?? jahil sunguh ustaz ini.. YA ALLAH.. kita bukan nk perlekehkan ulamak sendiri tp tengok pada kenyataan.. bayangan kita sendiri.. fikir- fikirkn lah..

    ~ Orang Melayu Beringat..!!!

    " sesunguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah "




    dulu makan ubi kayu,
    sekarang tidak lagi,
    tp kita lupa sejarah mungkin berulang,
    lupakah kita penah dijajah??
    mahukan ia berulang??
    renungkanlah!!



    Anak Kecil Main Api
    Terbakar Hatinya Yang Sepi
    Air Mata Darah Mengalir Keringat
    Bumi milik diancam orang

    Nenek Moyang Kaya Raya
    Tergadai Seluruh Harta Benda
    Akibat Sengketa Sesamalah Kita
    Cinta Lenyap Di Arus Zaman...

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Pribumi merintih sendiri

    Masa Depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    Tertutuplah hati terkunci mati
    Maruah peribadi sudah hilang


    " tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina "
    ~ Tun Mahathir

    Selasa, 12 Januari 2010

    ~ Hamas dan fatah ( UMNO DAN PAS )


    semangat anak kecil...



    Palestine sebuah negara islam yang semakin hari semakin di jajah oleh israel yang bermegah dengan kekuatan tenteranya menawan serta membunuh orang2 islam palestine yang tidak bersalah tanpa belas kasihan.. kekejaman nya sudah terlihat dimata kita.. siapa yang lebih kejam.. dahulu nya dikatakan islam adalah agama yang mempunyai ramai penganas.. tetapi hari ini terbukti siapa yang lg kejam dan ganas.. durjana dan dayus memperkotak katik kn rakyat palestine.. darah umat islam palestin amat murah bagi mereka.. di mana umat islam yang lain??

    Di sebalik kejadian ini.. mempunyai 2 parti politik yang mempunyai berlainan fahaman iaitu hamas dan fatah.. himas sebuah parti yang ingin memerdekakn palestine.. tanpa ini menyerah kepada israel walaupn hanya sedikit keuntungan bg pihak lawan yang semmg nya telah meragut nyawa ribuan warganya.. mempunyai pejuang2 yg sngup berkorban demi tanah air nya.. manakala fatah sebuah parti politik yg semmg nya terpengaruh tetapi terpaksa mengikut telunjuk orang luar.. dan dikatakn terpaksa mengadaikan keuntungan bg mendapatkan kmerdekaan palestin.. fahaman ini mmg berbeza tetapi tujuan nya sama..

    BAGAIMANA jika hamas dan fatah bersatu??? Mungkin palestine dapat mempertahankn tanah airnya.. tetapi kedegilan ternyata apabila smpai ke hari ini parti ini berpecah mengikut fahaman masing2.. tanah air juga makin lama makin tergadai.. bagaimana jika satu puak islam bersatu dengan yang lain.. tidah hebatkh kita?? Kekuatan yang dahulunya hanyalah 50% mungkin akan menjadi (99%) jadi sangupkh israel melawan arus kebangkitan mereka??

    Di malaysia lain pula ragam dan gelagat nya.. kenapa kita tidak faham?? Kenapa kita harus berpecah fahaman kita?? Umno sememang nya parti yang memperjuangkan kedudukan kaum melayu dan agama islam.. tetapi mengapa harus kita tentang?? Orang kita saudara.. wahai saudara2 ku orang lain xkn senang duduk apabila orang melayu bersatu.. kenapa saya berkata begitu?? Lihat lah apabila pas dan umno ingin menubuhkan kerajaan perpaduan.. siapa yang tentang??? DAP.. parti yang semmg nya anti melayu dan islam.. mengapa kita tidak berfikir sejenak.. bagaimana kerajaan perpaduan ini berjaya?? X senang duduk lim kit siang, anak nya lim guan eng.. karpal singh.. kenapa kita begitu jahil wahai saudara ku.. kita orang melayu , kita dh lama bangkit dari mimpi mengapa bila disorongkn bantal lelap menyepi??? Di singapura.. melayu singapura baru sedar dari mimpi ingin bgn mempertahan kan hak.. tetapi kenapa kita yang dh ada hak nk bg kt orang lain??

    Pas.. parti islam di malaysia.. menagapa harus mengikut telunjuk?? Dalam pakatan rakyat siapa berkuasa?? Dap bkn pas.. tetapi dalam BARISAN NASIONAL siapa yng berkuasa ?? UMNO.. perlu ka kita tentang?? Orang melayu kita.. pikir2 kn lah.. jangan bila hak kita diambil bru ingin mempertahan kn nya.. masa itu lah hanya mimpi ngeri bagi orang melayu kita.. beringat dan berwaspada.. hak tetap hak..

    MELAYU KITA , ORANG KITA

    Isnin, 11 Januari 2010

    ~Pas ( Antara realiti dan fantasi )





    Pas gah dengan nama nya parti islam di malaysia.. merupakan parti yang dikatakan ingin menegakan ajaran islam dimalaysia melalui politik.. terdiri daripada ahli2 ulamak yg terkenal di malaysia seperti nik abdul aziz , abdul hadi awang dan ramai lagi.. nampak gah dengan ulamak2 ini tetapi sedarkah kita yang parti ini mengalami masalah yang dapat mengelirukan kita sendiri..seperti yang kita tahu parti ini melalui presiden pas sendiri abdul hadi awang yg dikatakan ingin menubuhkan kerajaan perpaduan dengan umno tetapi terpaksa membatalkan hasratnya kerana mendapat desakkan yang amat hebat sekali di dalam pakatan rakyat.. desakkan ini datang dari parti Dap yang sememang nya parti anti islam sendiri.. tidak sedarkan saudara islam ku di pas apa yang telah terjadi.. dikatakn nk mempertahankn islam tetapi apibila didesak diam menyepikan diri..

    Disebalik kejadian ini?? Mengapa Dap harus takut?? Hal ini yang dapat kita bayangkn apabila 2 parti yang majoriti nya orang melayu dan islam bersatu atas satu nama pasti akan mendatangkn ketakutan oleh parti yang semmg nya anti islam sendiri.. api 2 orang melayu dan islam pasti akan membara.. tetapi sayang nya hasrat itu tidak kesampaian apabila pas terpaksa mengikut telunjuk rakan atasan PR itu sendiri.. mengapa begitu kau tidak mengerti PAS???

    Selain itu parti yang dikatakn akan mengangkat islam di malaysia itu sendiri kekeliruan apabila membenarkan rakan2 dlm PR iaitu Dap mengunakn istilah2 seperi yg digunakan oleh wakil rakyat Dap gobil singh yang mengunakan ayat al quran semasa satu pilihan raya kecil di malaysia.. mereka turut mengatakn pemerintahan Lim guan Eng seperti pemerintahan Umar Abdul Aziz.. tahukan mereka siap yg mereka maksud kn.. lim guan eng sendiri gah menyebut amal makruf nahi mungkar.. tetapi sedarkah makna nya?? Amal kebaikan cegah kemungkaran.. tetapi di pulau pinang sendiri banyak kemungkaran.. Pas harus sedar di Pulau Pinang sendiri berapa banyak peruntukakn untuk masjid2 di negeri ini berbanding rumah ibadat yg lain?? Sudahlah perkuburan cinanya mengunakn tanah yg banyak di Pulau mutiara ini.. di manakah perkuburan islam???

    Parti ini juga sedikit celaru apabila ulamak2 terkenal nya mengunakan agama untuk kepentingan politik.. sedarkah kamu?? Apabila 1 pilihan raya di parlimen permatang pauh yang apabila ulamak mereka nik abdul aziz mengatakan “ tak sokong pas xleh masuk syurga ” kenapa kita harus jahil untuk memainkn agama wahai saudaraku?? Dimana yang nk mempertahankan agama itu?? Syurga neraka kita ka tentukn?? Fikir2kn lah.. ulamak kita!!.. x salah untuk berugama dalam politik.. tetapi janganlah sampai mainkan ugama dalam permainan politik kita di dunia ini.. harus sy ingitkn yang kita walaupn ulamak kita bukan maksum kerana kita masih manusia.. iman manusia bertambah dan berkurang.. kita bukan malaikat yg iman x bertambah dan berkurang atau rasul yg iman sentiasa bertambah.. fikir2kn lah..

    Banyak lagi pergolakkn yg berlaku seperti baru2 ini apabila wakil rakyat pas( bukan semua , sorang jewp ) menpersetujui apabila agama lain mengunakan Kalimah ALLAH.. inikah caranya kita nk tegakkn islam itu sendiri?? Gadaikan agama demi kepentingan politik?? Jangan kita bermain di dalam mimpi yang kita sendiri x tahu kesudahan nya..

    Sy di sini bkn ingin mengutuk atau menyalahkn sesiapa.. tetapi tepuk dada tanya iman.. yang baik dari ALLAH dan buruk dari kelemahan kita sendiri.. fikir2kn lah mengapa harus kita berpecah wahai saudara ku?? Kita sama melayu, sama islam.. tetapi kenapa fahaman politik yg merencanakn kehidupan kita.. sekian.. ASSALAMUALAIKUM..

    HIDUP MELAYU!!! HIDUP ISLAM!!!




    Sabtu, 9 Januari 2010

    ~ Gereja Di'bakar'?? ( Salah siapa?? )

    Komen Artikel KUALA LUMPUR: Tiga gereja, satu di ibu negara dan dua di Selangor, dibaling bom api dalam kejadian tengah malam dan awal pagi semalam.


    Ketiga-tiga gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya serta Gereja Life Chapel di Damansara.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media di Bukit Aman, pagi semalam, mengesahkan pihaknya menerima tiga laporan berhubung kejadian menyerang dan cubaan menyerang ketiga-tiga gereja terbabit.

    Dalam kejadian lontaran bom api di dua gereja di Petaling Jaya, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat.

    Beliau berkata, polis menemui pecahan botol dan cebisan kain pencuci luka yang dijadikan sumbu bom.

    Namun, katanya, tiada saksi melihat kejadian itu cuma mendengar bunyi benda pecah di atas jalan di perkarangan gereja terbabit.

    Dalam kejadian di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman mengesahkan ia perbuatan khianat dengan dua suspek dipercayai terbabit memecahkan cermin kaca sebelum mencurahkan petrol hingga memusnahkan pejabat pentadbiran rumah ibadat itu, kira-kira jam 12 tengah malam.

    Kejadian itu menyebabkan hampir 80 peratus struktur pejabat di tingkat bawah gereja berusia lebih 12 tahun yang menempatkan komputer, kerusi dan buku agama berkenaan musnah dijilat api.

    Bagaimanapun, tindakan pantas bomba berjaya memadamkan api yang marak dalam tempoh 20 minit, sekali gus menyelamatkan tingkat dua dan tiga gereja berkenaan.

    Difahamkan, beberapa saksi mendakwa ternampak kelibat 'lembaga' melarikan diri sejurus kebakaran menaiki dua motosikal yang diletakkan di sekitar gereja terbabit.

    Malah, sepasukan anggota polis dan bomba yang menjalankan pemeriksaan menemui dua topi keledar yang sudah terbakar di depan gereja berkenaan selain sebuah tong plastik dipercayai mengandungi bahan bakar hidrokarbon.

    Difahamkan, cermin gereja itu dipecahkan menggunakan spanar sebelum mencurahkan petrol untuk membakar.

    Muhammad Sabtu berkata, petunjuk kes itu sudah diperoleh, namun tidak boleh didedahkan kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan.

    "Keterangan pengawal keselamatan termasuk empat saksi lain akan direkodkan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media, semalam.


    CELOTEHKU: Api kemarahan penganut agama islam mula memuncak apabila 3 buah gereja dibaling bom buatan sendiri.. kemarahan ini bermula apabila pengunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja.. PERSOALANNYA salah siapa??? hal ini boleh dikatakan tidak akan berlaku jika isu dapat diselesaikan dengan baik.. dimanakah salahnya apa bila mahkamah tinggi sendiri yang meluluskan pengunaan kalimah ALLAH ini?? haruskah?? didalam perlembagaan sendiri agama islam diutamakn.. APAKAH akan terjadi jika rayuan pengunaan kalimah allah ini sendiri ditolak nanti?? fikir-fikirkn lah??

    Khamis, 7 Januari 2010

    ~ Islam Kenapa Harus Gentar??

    “Kejatuhan Kristian di Eropah kini semakin hampir,”


    PRAGUE (Rep Czech): Biskop Prague, Miloslav Vlk memberi amaran kemungkinan Eropah bakal diIslamkan jika penganut Kristian tidak kembali ke ajaran sebenar.

    “Eropah tidak lagi mengamalkan asas ajaran sebenar yang mampu menangkis penyebaran Islam yang kini semakin nyata di benua ini.


    “Jika Eropah tidak berubah dan kembali kepada asas Kristian, ia akan diIslamkan,” kata Vlk, 77, yang dilantik sebagai Biskop Prague oleh Paus John Paul II pada 1991.


    Beliau mendakwa penghijrahan imigran dan kadar kelahiran tinggi penganut Islam menyebabkan mereka mampu mengisi kekosongan jiwa akibat tindakan penganut Kristian Eropah yang melupakan asas ajaran agama itu dalam hidup mereka.


    “Pada era moden, Islam gagal menawan Eropah dengan menggunakan senjata, mereka tewas kepada angkatan Kristian.


    “Namun, mereka menakluk Eropah melalui kerohanian yang kini amat tipis di kalangan penduduk Eropah manakala penganut Islam pula tebal dengan senjata ini.


    “Kejatuhan Kristian di Eropah kini semakin hampir,” katanya lagi.


    ANGAH : kenapa kita harus gentar?? sedangkan orang islam semakin bertambah??.. kristian sendiri mengatakan kejatuhan mereka semakin hampir.. di UK penganut agama islam bertambah dari hari ke hari.. tidakkah kau bangga wahai saudaraku?? tetapi kita harus mengerti banyak faktor yang akan menjatuhkan islam itu sendiri.. bersatulah atas satu nama.. janganlah saling berpecah belah.. ISLAM akan berjaya jika bersatu.. bagaimana jika hamas dan fatah 1 fahaman?? jika UMNO dan PAS bersatu?? gentarlah mereka yang durjana.. hidup ISLAM!!


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



    Rabu, 6 Januari 2010

    ~ Viva Palestine ( SEMANGAT DAN JIHAD )


    MENGAPA HARUS TERJADI


    EL-ARISH (Mesir): Kira-kira 55 orang cedera apabila polis dan konvoi aktivis pro-Palestin yang cuba membawa masuk bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza bertempur di sini semalam.

    Kira-kira 520 aktivis yang diketuai anggota Parlimen Britain, George Galloway menumbangkan pintu pagar di pelabuhan di El-Arish kerana membantah keputusan Mesir mengarahkan penghantaran bekalan itu menerusi Israel.


    Mereka menghadang dua pintu masuk ke pelabuhan Sinai dengan kenderaan dan bertempur dengan polis.


    Empat puluh aktivis cedera, kata sumber yang rapat dengan mereka sementara sumber perubatan berkata, 15 anggota polis juga cedera.


    Pertempuran itu berpunca daripada keputusan Mesir untuk membenarkan 139 kenderaan memasuki Gaza menerusi pintu sempadan Rafah, kira-kira 45 kilometer dari El-Arish dan mengarahkan baki 59 kereta memasuki wilayah Palestin itu menerusi Israel.


    Usaha Galloway dan rombongan anggota Parlimen Turki untuk mengubah keputusan Mesir gagal.


    Sementara itu, aktivis berkenaan kini berkubu di pelabuhan itu dengan dikepung beratus-ratus anggota polis.


    Konvoi terbabit yang terdiri daripada 200 kenderaan tiba di El-Arish Isnin lalu selepas bertelingkah dengan pihak berkuasa Mesir mengenai laluan itu.


    Kaherah menuduh penganjur konvoi cuba memalukan Mesir yang enggan membuka pintu sempadan Rafah dengan Gaza selepas Hamas menguasai wilayah itu dua tahun lalu.

    petikan harian metro..


    ANGAH : mengapa perkara sebegini harus berlaku?? di manakah yang di kata kn hubungan persaudaraan dalam islam?? bukankan islam itu mementingkn persaudaraan agama??.. mesti pn bkn kita yg berperang, bermatian menuntutkn keamanan.. tidak kah terlintas dihati kita perasaan yg menimpa orang yg beragama dengan kita.. sudah la palestine di bertumpahan darah utuk mempertahankn tanah air.. Mesir?? apa telah terjadi??? tidak kah engkau seagama dengan ku.. mengapa tidak harus mempertahankn.. mengapa disekat bantuan untuk hamba yg seagama dengan mu?? MENGAPA???

    HANYA UNTUK MU

    tidak terlintas kah dihati kecil mu??

    tangisan anak kecil yg kedengaran

    wanita yg dalam ketakutan,

    si tua yg dalam keuzuran,

    si ayah yang berjuang bermatian..

    mengertilah perjuangan ku ini..

    hanya untuk kedamaian mu PALESTINE!!

    kebumikn lah mayatku.. jika kau mengerti..

    hanya untukmu PALESTINE!!


    Selasa, 5 Januari 2010

    ~ PenGunaan Kalimah ALLAH ( BUKAN MAINAN )





    penggunaan nama ALLAH dalam bible adalah bertentangan dengan Islam. Malah tiada nas al-Quran yang membenarkan penggunaan ALLAH oleh Yahudi dan Nasrani.
    Mengapa saya kata begini?

    1. Walaupun di dalam al-Quran ada kalimah ALLAH bila merujuk kisah yang berkaitan dengan Yahudi dan Nasrani, tetapi kisah-kisah itu berkisar tentang Yahudi dan Nasrani yang masih lagi berpegang kepada Injil dan Taurat yang asli, bukannya kaum Yahudi dan Nasrani yang berpegang kepada Torat,Bible, Old Testament dan New Testament yang ada pada hari ini.

    2. ALLAH sememangnya diketahui oleh masyarakat arab jahiliyyah sebagai suatu ’supreme power’.
    Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah menghapuskan kepercayaan karut,penyembahan berhala,syirik, tahyul dan kurafat serta menidakkan persamaan ALLAH dengan makhluk.
    Rasulullah s.a.w telah membersihkan kalimah ALLAH dari segala hal syirik.

    3. Firman ALLAH s.w.t dalam al-Quran bermaksud,

    Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
    “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
    “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
    “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (surah al-Ikhlas).

    Surah di atas jelas menunjukkan ALLAH s.w.t bersifat Esa dan menolak konsep trinity.

    4. Sarjana Kristian sendiri sebenarnya tidak jelas bahawa Injil dan Taurat adalah 2 kitab yang berbeza. Mereka sendiri mengalami disforia(kekeliruan) dalam hal ini. Sarjana Kristian mengatakan

    i) Torat adalah ‘the first Bible and is written by Moses’.
    ii) Almost the entire Old Testament was written in Hebrew during the thousand years of its composition.
    iii) The New Testament, however, was written in Greek.

    Sekiranya anda membuka Torat, New Testament dan Old Testament, anda tidak akan menjumpai kalimah ALLAH di dalamnya. Malah, jika anda membaca New Testament yang ditulis dalam bahasa Greek, anda tidak akan menemui kalimah ALLAH. Oleh yang demikian permohonan Herald dan gereja ini sebenarnya bertentangan dengan Torat,Old Testament dan New Testament itu sendiri.

    5. Cuba anda fikirkan, bagaimana agaknya jika pihak gereja dan Herald ingin membuat bible dalam bahasa Tamil?
    Yang mana satu yang akan mereka pilih untuk menggantikan perkataan God di dalam Bible? Adakah Brahma? Atau Shiva? Atau mungkinkah Vishnu?

    6. Jika kalimah ALLAH dibenarkan untuk digunapakai oleh agama lain, maka tindakan tegas terhadap pengamal ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Haji Kahar adalah sukar dilaksanakan kerana seolah-olah membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat interpretasi sendiri tentang ALLAH dan sifat-sifatNYA.

    7. Malaysia adalah sebuah negara Islam, perlembagaan kita menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi. Malaysia bukannya sebuah negara Pancasila atau free thinker. Kebebasan itu ada hadnya.

    8. Permohonan pihak Herald dan gereja untuk menggunakan kalimah ALLAH bertujuan untuk menyelewengkan akidah umat Islam ke arah pluralisme.

    Ingatlah firman ALLAH s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud,

    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah
    kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.” (Al Baqarah: 120)

    Demikian sebahagian hujah saya untuk menolak penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible.