BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 23 Februari 2010

~ JANGAN jadikan Pulau Pinang singapura ke 2

Pulau Pinang, makin hari ramai yang tidak tahu yang pulau pinang bakal menjadi singapura ke 2.. banyak isu2 yang timbul membabitkan orang2 melayu, melayu pulau yang dianggap sebagai penumpang di tanah air sendiri.. kenapa ini harus berlaku?? banyak kedai2 orang melayu dimusnahkn yang rata2 nya penduduk yang miskin.. hanya bergantung pada jualan kedai tidak lupa pula yang menjual kuih muih.. di mana kita sebagai orang melayu ini meminta bantuan?? dijelaskn bahawa statik yang menunjukkan perobohan kedai org melayu paling sedikit di pulau pinang berbanding kaum cina.. sedarkah kita yang melayu pulau pinang hanyalah minoriti sahaja?? di pulau pinang anggaran kaum melayu hanyalah antara 30 - 35% sahaja berbanding kaum cina yang memiliki 2 kali ganda dr orang melayu?? sedarkah kita?? 35% ini pula dibahagikan kepada 3 kuasa politik orang melayu iaitu UMNO, PAS dan pakatan rakyat.. tidak lupa juga org melayu sendiri yang mengundi dap di pulau pinang.. mengapa kaum melayu sendiri begitu susah untuk bersatu.. dan menegakkan panji2 kebenaran di pulau mutiara ini?? LUPAkah kita pada satu pepatah yang menyatakn " bersatu teguh bercerai roboh.." jika benar kata2 hang tuah.. " tidak akan MELAYU hilang di dunia " buktikan lah

Isnin, 15 Februari 2010

~ xPaham2.. (betul di halang, salah di marah)

Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau.

Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.

"(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.

"Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.

"Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka," katanya.

Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.

"Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

"Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak," katanya.

Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.

"Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun.

"Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno," katanya.

Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

~ Lakonan guan eng sbgai khalifah..

Khalifah Umar, Guan Eng, Pas

APABILA tercetus satu demi satu kontroversi melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, kita tidak boleh melupakan bahawa Setiausaha Agung DAP itu pernah menyatakan ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz - khalifah Islam yang paling agung.

Berdasarkan sejarah Islam, walaupun Khalifah Umar hanya memerintah dua tahun lima bulan sahaja, namun baginda meninggalkan jasa-jasa yang cukup besar. Keadilan adalah satu-satunya dasar pemerintahan yang sangat diperhatikan oleh beliau. Semua rakyat dilayan secara adil dan saksama tanpa terpengaruh oleh lingkungan pangkat, darjat dan keluarga. Demi keadilan juga, Khalifah Umar menghapuskan bayaran jizyah yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam dan jajahan takluknya.

Bagi Khalifah Umar, dalam keadaan apa sekalipun rakyat harus diutamakan dan beliau amat berhati-hati dalam tindakan serta tingkah laku sepanjang memerintah bagi mengelakkan timbul sebarang perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat.

Tetapi apa yang Guan Eng lakukan dalam tempoh tidak sampai dua tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Terlalu banyak kontroversi yang melanda, malahan tindakannya kadangkala dilihat menindas kaum tertentu seperti mana berlaku kepada peniaga-peniaga Melayu di negeri itu.

Justeru adalah jelas menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola hanya mainan politik Guan Eng bagi meraih sokongan masyarakat Islam. Tindakan beliau tidak menggambarkan ia mencontohi khalifah agung tersebut. Malahan biarpun sudah nyata tetapi Guan Eng sanggup berbohong apabila timbul sesuatu isu termasuklah terbaru dalam isu membatalkan perarakan Maulidur Rasul pada 26 Februari ini.

Malangnya semua ini sengaja tidak dipedulikan oleh rakan-rakannya dalam pembangkang termasuklah Pas yang mana suatu ketika dahulu ada pemimpin parti itu memberi pujian melangit kepada Guan Eng kerana ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar. Namun sekarang, sudah jelas permainan politik Guan Eng dan DAP.

Hakikatnya, DAP hanyalah sebuah parti kedua dalam pakatan pembangkang yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tetapi ia mempunyai pengaruh cukup besar dan paling berkuasa di dalam pakatan berkenaan yang ditubuhkan semata-mata ingin merebut kuasa politik dan pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).

Walaupun tindakan Guan Eng di Pulau Pinang bagaikan 'kaduk naik junjung' tetapi Guan Eng seolah-olah mempunyai imuniti sendiri. Siapa sahaja yang menegurnya terutama di kalangan rakan pembangkang biarpun ia demi kepentingan rakyat pasti akan menerima pembalasannya.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada tiga Ahli Parlimen PKR iaitu Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru).

Kesemua mereka berhadapan dengan tindakan disiplin daripada PKR apabila dengan telus dan ikhlas mengkritik kepimpinan Guan Eng. Tindakan Zahrain yang mengumumkan keluar dari PKR dilihat langkah terbaik oleh beliau kerana itu sahaja caranya untuk menunjukkan protes sebenar.

Zahrain tahu bahawa beliau sudah tidak selamat lagi dalam PKR kerana sampai bilapun kepimpinan PKR yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berkata apa-apa kepada DAP.

Ini kerana Anwar amat memahami kepentingan DAP dalam mencapai agenda politiknya, sebab itulah daripada bermusuh dengan DAP, Anwar lebih rela melihat seorang demi seorang pemimpin PKR meninggalkan parti itu seperti mana dilakukan oleh Zahrain.

Segala keluh kesah pemimpin PKR yang kecewa dengan Guan Eng terutamanya melibatkan soal kepentingan Melayu di Pulau Pinang tidak dipedulikan oleh Anwar. Ini memandangkan sebarang langkah yang dilihat cuba mengganggu Guan Eng akan mendatangkan kesan yang buruk kepada hubungan antara kedua-dua parti tersebut.

Berikutan itu, DAP semakin mendabik dada kerana mengetahui bahawa parti yang menjadi tunjang kekuatan pakatan pembangkang, bukannya PKR atau Pas tetapi DAP.

Ketaksuban dan keghairahan PKR dan Pas yang begitu beria-ia mahu mengekalkan pakatan antara mereka juga memungkinkan DAP semakin berani dalam tindakannya sama ada di Pulau Pinang, Selangor mahupun di Perak.

Soal untuk menjaga hati mana-mana kaum terutamanya orang Melayu dan umat Islam sudah tidak termasuk dalam perkiraan DAP, ini jelas apabila kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng melarang perarakan Maulidur Rasul.

Walaupun Guan Eng kemudiannya menafikan pembatalan tersebut tetapi beliau tidak akan mampu menghapuskan surat pekeliling yang dikeluarkan kepada ketua-ketua jabatan sebelum ini. Guan Eng dan DAP boleh bersandiwara dengan disokong oleh sekerat dua pemimpin Melayu yang bersedia bersekongkol dengan mereka.

Begitu juga apabila Guan Eng begitu lantang menganggap bahawa orang Melayu tetap akan maju tanpa UMNO yang kemudiannya dibalas oleh Ahli Majlis Tinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi bahawa kelahiran DAP telah menyebabkan situasi politik di Malaysia sentiasa panas dan diwarnai dengan sentimen perkauman.

Persoalannya, kenapa di dalam situasi sekarang pun pemimpin-pemimpin di dalam Pas terutamanya masih mahu mempertahankan Guan Eng dan ingin terus bekerjasama dengan DAP? Sepatutnya tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberi kesedaran kepada Pas bahawa mereka sebenarnya hanya menjadi alat melengkapkan pakatan pembangkang.

Pas tidak dilihat sebagai sebuah parti penting yang bakal menentukan arah tuju perjuangan pakatan pembangkang, sebaliknya hanya sekadar penyumbang kerusi bagi membolehkan PKR dan DAP mencapai cita-cita politik mereka. Sebenarnya, orang tidak kisah jika PKR terus menyokong DAP kerana PKR sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat meletakkan pemimpin utama mereka sebagai Perdana Menteri.

Tetapi Pas ibarat kata seorang Ahli Parlimen pembangkang dalam Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada penulis seolah-olah 'membutakan segala-galanya' dengan membiarkan sahaja Guan Eng terus dengan sikap cauvinis dan angkuh memerintah Pulau Pinang.

Walaupun Dewan Pemuda Pas Pusat berhasrat untuk menemui Guan Eng bagi mendapatkan gambaran sebenar termasuklah dalam isu pembatalan perarakan Maulidur Rasul, kita sudah boleh jangkakan apa yang bakal dikatakan Ketuanya, Nasarudin Hassan selepas pertemuan pada Khamis nanti. Sudah pasti apa juga berlaku di Pulau Pinang akan dianggap permainan media terutamanya Utusan Malaysia.

Kesimpulannya, adalah menjadi hak Pas untuk terus bersekongkol dengan DAP demi kepentingan politik tetapi pemimpin-pemimpin Pas perlu memahami jika sebahagian besar pemimpin PKR sudah menyedari permainan politik DAP terutamanya Guan Eng, sentimen yang sama pasti wujud di kalangan sebahagian besar umat Islam dan orang Melayu termasuk di kalangan ahli Pas sendiri. Semoga Pas tidak akan mengalami nasib seperti ibarat yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

~ Melayu ( hak dan perjuangan )

Saya tetap perjuang hak Melayu’


Ibrahim Ali (dua dari kiri) bersama ahli Perkasa ketika membuat bantahan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli parlimen Australia yang cuba mencampuri urusan dalaman negara di Kuala Lumpur, semalam.


PUTRAJAYA 14 Feb. – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali tetap akan memperjuangkan hak orang Melayu walaupun digelar pemimpin bersifat ultra perkauman.

Beliau menyifatkan gelaran tersebut sebagai pendapat peribadi segelintir ahli politik dan pihak tertentu yang tidak menyenangi perjuangannya selama ini.

Beliau menambah, anggapan tersebut tidak mewakili pendapat golongan majoriti.

“Saya tetap dengan pendirian memperjuangkan nasib dan hak istimewa orang Melayu bersama-sama Perkasa.

“Ingin saya tegaskan di sini, Perkasa tetap berdiri sebagai sebuah badan bebas dan bukannya badan politik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa ada pendapat yang mengatakan beliau terlalu bersifat ultra perkauman.

Menurut Ibrahim, beliau sekali-kali tidak akan menjadikan Perkasa sebagai sebuah badan politik walaupun pertubuhan itu sering membicarakan hal-hal berkaitan politik.

Sekiranya ditakdirkan menyertai mana-mana parti politik, katanya, beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Perkasa terutama apabila Perkasa cukup kuat untuk memperjuangkan nasib dan hak orang Melayu.

Jelasnya, beliau tidak begitu menghiraukan pandangan segelintir pihak yang tidak menyukai tindakannya memperjuangkan nasib dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak faham mengapa ada pihak yang menggelarkan saya rasis hanya disebabkan memperjuangkan hak orang Melayu.

“Kenapa pertubuhan lain yang begitu lantang memperjuangkan nasib kaum masing-masing tidak pula digelar rasis,” ujarnya.

Ketika ditanya laporan akhbar berbahasa Inggeris itu, beliau menyifatkan tulisan dan kandungan artikel tersebut adalah seimbang dan tidak mempunyai sebarang masalah mengenainya.

“Komen yang diberikan secara tersurat dan tersirat itu saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

~ Wahhabi Di Malaysia


Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).

Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.

Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”.Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.



- Gambar Hiasan

Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.



- Gambar Hiasan

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi. Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.
Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk ‘bisnes’ mereka. Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan ‘kartun’ dan ‘lucu’. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya ‘awak wahhabi’. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin ‘Abdul Wahhab.
Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.
Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali. Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahhabi”. Apa itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi itu wahhabi! Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia ‘aliran pengkafir umat’ yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.
Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahhabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi’i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahhabi. Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas.
Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi:
“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).
Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah ‘mereka ini’ apabila menjadi ‘penasihat-penasihat’ bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab. Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam. Padahal ‘sesetengah mereka ini’di luar mesyuarat bank yang ber‘elaun’ itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahhabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai ‘wahhabi’. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.
Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.
Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.
Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang. Bagi saya, bukan isu wahhabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan. Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat ‘kedudukan’ seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mensyuarat itu sebagai ‘bank mazhab wahhabi’.
David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua ‘occomodation or resistance’. Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahhabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahhabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat. Namun, untuk menuduh orang lain wahhabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.

Jumaat, 12 Februari 2010

~ Malaysia Dihina??



ALOR STAR: Kurang ajar! Itu adalah perkataan sesuai bagi menggambarkan tindakan pihak tertentu mewujudkan akaun kumpulan untuk menghina Malaysia dikenali 'Anjing Malaysia' di laman web sosial popular, Facebook.

Pengasas kumpulan yang kini disertai hampir 2,500 orang itu juga bertindak cukup keterlaluan apabila mengubah suai Jalur Gemilang dengan meletakkan perkataan 'Malaysia Anjing' selain gambar anjing di sebelah bulan sabit yang sepatutnya tertera bintang.


Jalur Gemilang yang diubah suai itu kemudian diletakkan sebagai gambar utama akaun di FB.


Pengadu yang hanya ingin dikenali sebagai Mohamad Iqbal, 30-an, berkata dia terkejut apabila secara tidak sengaja melayari akaun berkenaan di FB semalam.


"Cukup menyedihkan apabila satu daripada gambar di dalam album akaun berkenaan ialah Jalur Gemilang yang diubah suai dengan anak babi di tengah bendera negara itu.


"Bagi saya, ini adalah penghinaan yang cukup besar kepada negara terutama apabila mendapati jumlah pemilik akaun di FB yang menjadi ahli kumpulan ini hampir mencecah 2,500 orang," katanya.


Menurutnya, dia percaya tindakan menghina Malaysia di Internet itu didalangi kumpulan tertentu di negara jiran yang tidak berpuas hati dengan negara ini seperti yang diheboh tahun lalu.



~ melayu Pulau Pinang bangkitlah!!..

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim sebentar tadi mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas berkuatkuasa hari ini.

Dalam sidang sidang akhbarnya di sini, beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kesal dengan kepemimpinan Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

kenapa orang kita tidak dapat berfikir atas apa yg mereka ketahui.. sesungguh nya mata mereka dikaburi dengan 1001 alasan.. berfikirlah..

~ melayu akan terus bersatu