BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 12 Februari 2010

~ Malaysia Dihina??



ALOR STAR: Kurang ajar! Itu adalah perkataan sesuai bagi menggambarkan tindakan pihak tertentu mewujudkan akaun kumpulan untuk menghina Malaysia dikenali 'Anjing Malaysia' di laman web sosial popular, Facebook.

Pengasas kumpulan yang kini disertai hampir 2,500 orang itu juga bertindak cukup keterlaluan apabila mengubah suai Jalur Gemilang dengan meletakkan perkataan 'Malaysia Anjing' selain gambar anjing di sebelah bulan sabit yang sepatutnya tertera bintang.


Jalur Gemilang yang diubah suai itu kemudian diletakkan sebagai gambar utama akaun di FB.


Pengadu yang hanya ingin dikenali sebagai Mohamad Iqbal, 30-an, berkata dia terkejut apabila secara tidak sengaja melayari akaun berkenaan di FB semalam.


"Cukup menyedihkan apabila satu daripada gambar di dalam album akaun berkenaan ialah Jalur Gemilang yang diubah suai dengan anak babi di tengah bendera negara itu.


"Bagi saya, ini adalah penghinaan yang cukup besar kepada negara terutama apabila mendapati jumlah pemilik akaun di FB yang menjadi ahli kumpulan ini hampir mencecah 2,500 orang," katanya.


Menurutnya, dia percaya tindakan menghina Malaysia di Internet itu didalangi kumpulan tertentu di negara jiran yang tidak berpuas hati dengan negara ini seperti yang diheboh tahun lalu.



0 ulasan: