BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 8 Mac 2010

~ hilang akal akibat politik??

Solat hajat mohon bencana dilarang

ALOR SETAR: Tindakan umat Islam bersolat hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan bencana sesama saudara seagama adalah dilarang kerana hukumnya berdosa.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata Islam tidak pernah mengajar umatnya berdoa untuk perkara yang tidak baik lebih-lebih lagi ke atas orang Islam lain dan kesal kerana hal agama disalahgunakan demi kepentingan politik.

“Saya tidak mahu menggelar mereka ini golongan apa, Nabi Muhammad SAW kena pukul di Taif pun masih lagi berdoa benda yang baik kepada mereka yang melakukan kezaliman terhadap baginda.

“Mengapa kita yang di dalam politik sanggup mendoakan dan bersolat hajat selama tujuh hari tujuh malam dan ini adalah penyalahgunaan agama yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengamatan Nilai-Nilai Islam dalam Penugasan Harian anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang yang dilaporkan memberi tempoh tujuh hari kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah kerana dikatakan mengkhianati perjuangan parti.

Mohsin keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dikatakan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Ahmad dilaporkan memberi tempoh tujuh hari kepada Mohsin supaya meletak jawatan dan jika tidak beliau akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan dan berserah kepada Allah untuk menentukan bentuk hukuman kepadanya.


sebagai seorang umat islam kita seharusnya berdoa untuk kebaikan orang lain walaupn kita berbeza pendapat dan sebagainya.. seharusnya parti yang menegakkan islam ini harus paham komsep islam yang sebenar.. tindakkan sebegini bodoh memburukkn agama kita sendiri.. sedarlah di bumi yang nyata.. PAS berhentilah BURUKKAN AGAMA ISLAM lg..

0 ulasan: