Isnin, 27 Disember 2010
~ 5 Sebab HaTi BeRcaHaya
Isnin, 20 September 2010
Ahad, 14 Mac 2010
~Pemikiran Yang Lemah
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"
Ummah yang dahulunya singa juga telah berjinak-jinak dengan menjadi anjing rumah yang patuh kepada tuannya. Lalu dengan demikian itu, kehinaan demi kehinaan ditimpa ke atas mereka. Singa yang kenyang perutnya dengan sampah sarap, lalu melayan tuannya tersebut walaupun si tuan berhasrat mencabut kesemua taring dan kukunya, sebelum ia sedar dari khayalan yang mengasyikkan. Kosongnya hati dari keimanan dan lemahnya pemikiran dari wawasan yang jauh menambahkan lagi penyakit yang membarah di dalam diri si singa.
Suatu ketika dahulu ummah ini seringkali diserang secara fizikal oleh para musuhnya yang dengki terhadapnya. Tetapi, malangnya serangan-serangan fizikal tersebut tidak berjaya mengalahkan satu batallion yang tidak takut mati dan izzah dalam memperjuangkan deennya yang mulia. Mati ia menang dengan memperolehi syahid, hidup ia meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah agar menjadi kalimah yang tertinggi. Kedua-duanya merupakan kemenangan yang dijanjikan Allah.
Setelah berfikir panjang, lalu mereka melancarkan pula perang pemikiran (al-Ghazwah al-Fikriyah). Untuk mencabut keyakinan dan kecintaan ummah kepada jihad dan mengisi kekosongan tersebut dengan hal-hal duniawi yang remeh lagi temeh. Dan akhirnya, dengan melaksanakan perancangan mereka, mereka telah berjaya. Sehingga kini ramai dari kalangan ummah yang suatu ketikanya bangga dengan kemuliaan deen mereka telah diracuni pemikirannya dengan hal-hal yang lemah. Lalu wawasan hidup mereka beralih dari menegakkan kalimah Allah kepada berbincang hal-hal taghut, dan semangat juang mereka terganti dengan kecintaan kepada dunia.
Adalah satu hal yang susah dan memerlukan mujahadah yang tinggi, buat para pencinta Islam zaman moden untuk ber'uzlah pemikiran dan hati dari dicemari dengan kekotoran taghut yang menempias. Mana tidaknya, berjalan selangkah sahaja sudah pasti akan menemui taghut dalam bentuknya yang tersendiri. Berjalan lagi selangkah, seseorang itu pasti akan terjumpa dengan taghut yang berlainan. Begitu dasyat sekali suasana zaman ini, sehinggakan seorang muslim yang sejati pasti akan terceroboh hak asasinya setiap hari. Namun, tiada siapa yang tahu atau sedar tentang pencerobohan yang zalim ini, apatah lagi pejuang hak asasi pendusta dari kalangan pejuang taghut.
Dalam ber'uzlahnya jiwa dan pemikiran dari tahgut yang melata, tidak boleh tidak para pencinta deen pasti akan bergaul dengan keadaan sekelilingnya dan berinteraksi dengannya. Bahkan tertanam kukuh di hatinya, perasaan dan keimanan yang membuak-buak untuk menarik semua orang yang dikasihinya agar selamat dari kegelapan taghut. Umpama seorang yang menyedari bloknya terbakar sedang sahabat-sahabatnya yang lain sibuk dibuai mimpi di alam khayalan. Lalu mereka disimbah dengan air dan tubuh mereka disentak agar mereka menyedari keadaan yang meruncingkan tersebut. Tindakan yang pertama ini penuh dengan keyakinan bahawa tanpa menyedarkan sahabat-sahabat tersebut, segala usaha untuk menyuruh menyelamatkan diri pasti akan menjadi sia-sia.
Walaubagaimanapun, terkadang dalam usaha menyimbah air dan menyentak tubuh tersebut, para penggerak (al-muharrikun) bukan sahaja diuji dari luar (dengan kepananasan bahang api atau tempias-tempias jahilyyah), bahkan juga dari dalam. Kerana Iblis yang dilaknat telah bersumpah dengan nama Tuhan Yang Maha Agung bahawa:
"Kerana Engkau telah menghukumku tersesat, daku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)"
Lalu orang yang baik-baik, telah diuji hati mereka dan terkadang ada yang sedikit terlarut di dalam serangan taghut hati. Di dalam kerja-kerjanya yang mulia, ia merasakan dirinya ekslusif dan berbeza dengan orang lain. Ia merasakan bahawa ia lebih mulia dari kelompok yang perlu dikejutkan. Ia merasa bahawa pertolongan dan hidayah Allah pasti akan datang melalui tangan mereka. Tetapi mereka lupa kepada satu ayat dari Qur'an yang agung:
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Pemurah (ar-Rahman) itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan"
Atau adakalanya hati mereka dilarutkan dengan perhiasan dunia yang menawan lagi cantik:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)"
Lalu dengan perhiasan-perhiasan dunia tersebut, keimanan dan hatinya kadang terlarut dengan urusan-urusan tersebut. Terkadang apa yang ada di dalam hati disebut di mulut, dan akhirnya menjadi perbualan al-muharrikun. Hati, yang bersifat sensitif, pasti sedikit sebanyak terlarut di dalam propaganda syaitan dan Iblis yang dilaknat. Dan wawasan agung mereka untuk menjadikan kalimatuLlahi hiyal ulya (kalimah Allah yang tertinggi) pasti dicemari dengan titik-titik hitam yang merosakkan dan karat yang membahayakan. Ditambah pula lagi dengan interaksi dan pendedahan fizikal para pencinta Islam terhadap taghut yang melingkari sekelilingnya. Ia menjadi pemangkin kepada titik permulaan rosaknya hati.
Dalam keterlarutan tersebut, ada yang langsung gugur. Bukan gugur dengan kemenangan seperti yang Allah sebutkan:
"Di kalangan orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur (syahid). Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu (kesyahidannya) dan mereka tidak (sedikitpun) mengubah (janjinya untuk tetap terus-menerus berjuang di atas jalanNya)"
Tetapi gugur dengan penuh penyesalan dan kerugian. Sedang ada pula dari kalangan mereka lantas tersentak dari dibuai mimpi-mimpi dan khayalan kosong mereka. Lalu mereka kembali kepada Allah dengan sebenar-benar kembali, dalam keadaan yang bersegera dan penuh pengharapan, agar Allah mengampunkan dirinya atas ketidaktulenan hatinya di dalam melaksanakan tugas yang begitu mulia:
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa...Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui"
Buat ikhwah dan akhawat yang dikasihi Allah...
Sedang hati merasa enak berada di atas jalan da'wah, hisablah hati dan keimananmu. Tanyalah ia, "mengapa kamu suka di sini?" Andaikata jawapannya ialah Allah dan Rasul, nescaya antum berada di atas jalan yang benar. Tetapi persoalannya, adakah jawapan tersebut keluar dari hati yang merasai kemanisan iman yang mendalam atau ia hanya kata-kata kosong yang menjawab soalan agar diri berada bersama-sama dengan kafilah da'wah ini?
Sungguh, satu perkara yang ana pelajari dari pengalaman diri sendiri... "Bahawa cinta adalah suatu perasaan yang tidak dibuat-buat, bukan juga disebut-sebut semata, tetapi ia adalah satu perasaan yang mendorong melakukan apa sahaja demi cintanya". Ana pernah ditanya oleh seorang ikhwah, "Jawablah dengan suara hati antum, antum cintakan Allah dan Rasul tak?" Lalu diri ini tidak tahu bagaimana ingin menjawab, kerana cinta adalah perasaan yang dapat dirasai dengan hati, tetapi pada saat itu, perasaan tersebut seperti tiada. Andaikata kita menjawab "ya" nescaya kita menipu diri sendiri, tetapi andaikata tidak... Apakah yang akan dikatakan orang? Itulah satu dilema yang pernah dialami satu ketika dahulu. Terfikir juga, kadangkala kita terasa kita membuat da'wah kerana Allah dan Rasul, tetapi apabila amal tersebut dilaksanakan, tidak terbit langsung perasaan manisnya beramal. Adakah ini dinamakan cinta?
Buat diri yang selalu sibuk...
Engkau jangan dilarutkan dengan urusan-urusan remeh, mesikipun ia datang dari saudara yang engkau kasihi. Janganlah dengan alasan bermesra engkau melarutkan hatimu dengan taghut yang halus dan tersembunyi. Kerana sesunguhnya setiap taghut adalah jahiliyyah dan setiap jahiliyyah adalah tertolak. Ingatlah olehmu pesanan seorang syeikh, lonjakan da'wah tidak akan berlaku sekiranya hatimu masih ada karat-karat jahiliyyah. Ia hanya akan berlaku dengan pemisahanmu secara total dari jahiliyyah!
Sambutlah seruan Tuhanmu dan masuklah di bawah naungan Qur'an yang Furqan...
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya, dan janganlah kamu mengkuti jejak langkah syaitan!"
~ Dugaan Dunia Yang Kecil
Sungguh! Dugaan-dugaan dunia yang kecil tidak bermakna apa-apa kepada sang da'ie agung. Ketika kaumnya menentangnya dengan sekeras-keras tentangan, dan ketika tahun kehilangan dua orang yang tersayang (Khadijah dan Abu Talib), da'ie ini menamakan tahun tersebut sebagai tahun kesedihan. Tetapi nama kesedihan tidak terbit dari rasa sayang kehilangan dua orang tersayang, ianya terbit dari sebab tidak berkembangnya da'wah dalam tempoh tersebut.
Mulianya jiwa ini, sedih bukan kerana sebab dunia. Tetapi sedih kerana tiada manusia yang menerima kalimah yang mulia ini, serta risalah yang dibawa.
Lalu sang da'ie agung diperintahkan untuk keluar disekitar Makkah. Berjumpalah dia dengan penduduk Ta'if, membawa risalah yang suci, buat kaum yang baru. Namun mereka menolak seruan yang mulia ini, dengan lemparan batu-batu yang banyak, sehingga luka-luka tubuh peribadi agung ini. Malaikat bukit menawarkan diterbalikkan gunung ke atas mereka yang menzalimi baginda, tetapi dugaan dunia tidak menyempitkan perasaan dan cita-cita mulia baginda, lalu dijawab: "Bahkan aku mengharap agar lahir dari mereka, generasi yang mentauhidkan Allah".
Kemudiannya dibacanya sebuah doa yang masyhur, yang mengadu kepada Rabbul 'Alamin, tentang perasaannya terhadap da'wah yang dibawa:
"Ya Allah, wahai Tuhanku! Kepada engkau aku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan helahku, kehinaanku di hadapan manusia... Wahai Yang Maha Penyayang Lagi Maha Belas Kasihan! Engkaulah Tuhan golongan yang lemah dan dhaif, engkaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendakku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh membenciku? Atau kepada seteru yang telah Engkau berikan kuasa mengatasi aku? Kiranya tiada kemurkaanMu ke atasku, tidaklah aku peduli. Namun afiat dariMu lebih luas bagiku, aku berlindung dengan cahayaMu. Engkaulah yang menerangi kegelapan, dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik. Aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurmkaanMu, atau terturunnya kemarahanMu, bagiMu jua tempat kembalinya (segala sesuatu) hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu, wahai Tuhan..!"Seorang da'ie tidak lemah dihambat dunia, tetapi risaunya adalah pada da'wahnya. Baginya, dunia adalah kecil dan remeh... Tetapi akhirat jualah yang besar disisinya. Dengan itu, dalam tiap kejatuhan masih ada harapan lagi, melainkan kejatuhan pada hari kebangkitan.
Seorang da'ie bebas hatinya dari dunia dan kesedihannya.
Kerana akhirat adalah wawasan dan cita-citanya.
Jangan engkau sedih wahai para du'at!
~ BrU keNa Gaya..
Pemuda PAS Kutuk Akhbar Sweden Hina Nabi Muhammad
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Dewan Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sebuah akhbar Sweden "Dagens Nyther" baru-baru ini yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan turut melahirkan kekesalannya dengan tindakan negara-negara Eropah yang masih melakukan perkara tersebut.
Pemuda PAS akan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Sweden selepas sembahyang Jumaat pada minggu depan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Dewan Pemuda PAS ke-10 di sini.
-- BERNAMA
Isnin, 8 Mac 2010
~Gempa dan Ayat-Ayat Allah
Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah SWT. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar (di antaranya lewat pesan singkat) yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surah dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.
“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah SWT. Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera (2009), berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya.
~ Martabatkan BAHASA MELAYU
Warga asing dan Bahasa Melayu
Melihat anak-anak muda warga asing berpidato secara petah dan fasih dalam Bahasa Melayu, membuatkan perasaan Awang terharu. Pertama kerana kebolehan mereka yang mencuri perhatian dan kedua, keyakinan yang ditunjukkan terhadap Bahasa Melayu.
Sebab itu, Awang tidak merasa jemu menyaksikan aksi 56 peserta dari 51 negara yang menyertai Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010 yang berakhir kelmarin. Kebanyakan peserta adalah dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur. Awang mengucapkan tahniah kepada penganjur atas kejayaan PABM. Sejak diadakan pada 2007, pidato itu menerima sambutan hebat dari tahun ke tahun. PABM diideakan oleh Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pidato itu antara lain bertujuan memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Najib nampak jalan bagaimana Bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca suatu ketika dahulu sewaktu kegemilangan tamadun Melayu, boleh diangkat kembali ke persada dunia. Awang melihat komitmen Najib dalam menjaga kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan cukup tinggi walaupun beliau tidak pernah cakap berdegar-degar laksana pejuang bahasa. Banyak petunjuk lagi menampakkan kesungguhan Najib meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komersial. Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan di bawah kabinet beliau membuktikan hakikat tersebut. Dalam Najib berusaha meningkatkan kemampuan rakyat Malaysia menguasai bahasa asing terutama Inggeris, beliau sesungguhnya telah membina landasan lebih baik untuk masa depan Bahasa Melayu.
Awang melihat usaha tersebut amat besar maknanya ketika banyak bangsa di dunia memperhebatkan survival bahasa mereka termasuk kaum-kaum lain di negara ini. Selain bahasa ibunda masing-masing, tulisan mereka juga terus diperkasakan.
Malah Awang kerap menghadiri majlis anjuran organisasi dan pihak bukan Melayu yang turut dihadiri menteri dan pemimpin serta hadirin semua kaum. Tanpa rasa teragak-agak, pihak-pihak berkenaan bercakap dalam bahasa ibunda sementara Bahasa Kebangsaan seperti tiada nilai. Untuk mengharapkan Bahasa Kebangsaan kita mendapat penghormatan tertinggi semua kaum sebagaimana yang dinikmati di Indonesia, terasa masih jauh.
Maka Awang tertarik dengan penganjuran PABM termasuk kejayaan peserta negara China, Zhang Song menjuarai kategori antarabangsa. Awang teruja dengan kebolehan dia dan peserta lain termasuk juara 2007 iaitu pelajar Rusia, Olga Vasilevskaya. Kefasihan mereka memberi harapan baru bahawa Bahasa Melayu mampu dilonjakkan.
Selepas memenangi pidato itu, Olga menyambung pengajian peringkat sarjana di negara ini. Kini penguasaan Bahasa Melayu beliau jauh lebih baik bagaikan seorang guru bahasa. Olga tidak menggunakan bahasa rojak sebagaimana dipertuturkan oleh majoriti rakyat kita termasuk orang Melayu.
Olga, Song dan para peserta PABM mengambil tempoh yang singkat untuk fasih. Sedihnya, ramai warga kita yang sehingga hari ini bukan sahaja tidak fasih dan berpelat tebal malah malu untuk bercakap dalam Bahasa Kebangsaan. Pekerja asing dari Bangladesh dan Nepal misalnya mempunyai penguasaan Bahasa Kebangsaan lebih baik daripada sebahagian warganegara Malaysia. Agaknya pekerja asing peringkat bawahan lebih menghayati ungkapan di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.